Kiriman pada: Wed, Feb 10th, 2016

AMARAN ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA DI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, JOHOR TIMUR , SARAWAK

Kongsi maklumat ini
Tags

fjykjKuala Lumpur – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 km sejam (km/j) yang menghasilkan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter, dijangka melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga esok.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan cuaca seperti itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu berkata perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Labuan juga terdedah kepada angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 km/j dengan ombak setinggi 3.5 meter.

Keadaan cuaca yang berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi juga mengeluarkan amaran angin kencang Timur laut dengan kelajuan 60 km/j, mengakibatkan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang sehingga esok.

Angin kencang Timur Laut berkelajuan antara 50 hingga 60 km/j dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter dijangka melanda perairan Samui, Tioman, Reef South dan Kuching sehingga esok, katanya.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran mengenai angin kencang Timur Laut berkelajuan antara 40 hingga 50 km/j dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di perairan Palawan dan Labuan sehingga Khamis ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiti pantai dan perkapalan..

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.