Kiriman pada: Tue, Feb 23rd, 2016

Amaran Angin Kencang Timur Laut Sehingga Isnin

Kongsi maklumat ini
Tags

fjykjKuala Lumpur – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) sehingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini Selasa berkata cuaca yang sama turut dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter sehingga Isnin depan.

“Ia dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang. Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu bermula Khamis ini hingga Isnin depan.

Jabatan itu berkata keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.