Kiriman pada: Sat, Jan 9th, 2016

Ambil Masa Runding TPPA Untuk Pastikan Kedudukan Malaysia Di Lindungi

Kongsi maklumat ini
Tags

Anifah_AmanKuala Lumpur – Rundingan bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), diterajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), telah dibincangkan secara menyeluruh bagi memastikan kedudukan Malaysia dijamin dan dilindungi.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata laporan PricewaterhouseCoopers Malaysia (PwC) menyatakan bahawa dengan mengambil bahagian dalam TPPA, Malaysia mempunyai peluang untuk membentuk teks TPPA dan lampirannya, serta memastikan perlindungan yang menyeluruh.

“Sekiranya tidak menyertai, perlindungan yang menyeluruh ini tidak akan diperoleh dan Malaysia mungkin tidak mempunyai peluang lagi untuk mendapatkan kelebihan berkenaan yang melindungi kepentingan dalam negara pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Anifah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anggota Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, yang menyatakan ‘dasar luar Malaysia telah menjadi antara yang teruk di dunia sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan’.

Beliau berkata Wong juga memutar belit laporan yang dikeluarkan PwC dan mendakwa perjanjian perdagangan itu bermotifkan politik.

Anifah berkata laporan PwC itu menegaskan bahawa tanpa penyertaan Malaysia dalam TPPA akan menyebabkan penurunan dalam Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebanyak US$9 bilion dan US$16 bilion dalam tempoh 2018 hingga 2027.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.