Kiriman pada: Wed, Jan 27th, 2016

‘Ambillah jawatan saya kalau rasa diri bagus sangat’

Kongsi maklumat ini
Tags

mukhrizmahathirJITRA: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah, serta bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Beliau juga mempelawa pihak yang mendesak pengunduran beliau itu supaya tampil mengambil alih jawatannya jika sudah ‘rasa bagus’.

Menurutnya, beliau percaya apa yang berlaku ada hikmahnya serta kebaikan yang diperjuangkannya akan menjadi kenyataan.

“Saya sentiasa bersedia (untuk apa jua kemungkinan). Saya tawakal, cepat atau lambat (perubahan berlaku) saya percaya kebaikan yang diperjuangkan akan menjadi kenyataan,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Sanglang di sini malam tadi.

Mukhriz berkata demikian ketika mengulas mengenai pergolakan politik di negeri itu, serta tekanan agar beliau berundur daripada jawatannya.

“Saya tak takut apa jua tindakan yang (mungkin) dikenakan ke atas saya. Saya seorang yang percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Bila dah pegang kuasa tu baru tau. Dah nak berebut, silakan. Ambillah kalau rasa macam bagus sangat, tapi bila dah pegang jangan menyesal pulak, tak dak apa garu kepala jadi macam kepala saya,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau turut meminta rakyat Kedah terutama penyokongnya supaya bertenang dengan apa yang sedang berlaku dan tidak menimbulkan kekecohan.

Beliau berkata, apa sahaja yang berlaku dalam krisis itu, biarlah sebarang keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk Kedah dan negara.

“Kita buatlah macam kita buat malam tadi. Kita buat solat hajat, kita buat doa syukur, kita bermunajat, kita minta tolong dengan Allah SWT,” katanya lagi.
Suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak kebelakangan ini apabila barisan kepimpinan UMNO Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.