Kiriman pada: Wed, Nov 25th, 2015

Amerika Syarikat Dan Perancis Setuju Tingkatkan Serangan Besar-Besaran Di Syria Dan Iraq

Kongsi maklumat ini
Tags

fhjhWashington – Amerika Syarikat dan Perancis bersetuju meningkatkan serangan besar-besaran di Syria dan Iraq bagi mengempur kumpulan I-S yang mengaku melancarkan serangan bom di Paris.

Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan keputusan itu dibuat oleh beliau sendiri bersama Presiden Barack Obama.

Selain meningkatkan serangan di Syria dan Iraq , Perancis dan Amerika akan memperluaskan operasi dan mengukuhkan perkongsian perisikan.

Selain itu, sempadan antara Turki dan Syria akan ditutup kononnya bagi menghalang pengganas menceroboh negara-negara Eropah .

Presiden Hollande menyatakannya pada sidang akhbar bersama Presiden Obama di White House .

Mesyuarat antara Presiden Hollande dengan Obama diadakan berikut serangan di Paris yang mengorbankan 130 orang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.