Kiriman pada: Wed, Dec 16th, 2015

Aminvestment Bank Saran ‘Beli’ Top Glove

Kongsi maklumat ini
Tags

kgdchKuala Lumpur – AmInvestment Bank mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Top Glove Corp Bhd susulan pendapatan tahun kewangan suku keempat pengeluar sarung tangan getah itu yang lebih baik daripada unjuran.

Bagi tempoh suku pertama berakhir 30 Nov, 2015, syarikat itu merekodkan keuntungan bersih RM128 juta hasil daripada jumlah perolehan sebanyak RM800 juta.

“Keputusan itu yang melepasi puncak RM103 juta yang direkodkan pada suku keempat tahun kewangan 2015, melepasi konsensus dan unjuran kami, dan menyumbang 40 peratus daripada unjuran setahun penuh,” kata bank pelaburan itu dalam notanya hari ini.

Ia berkata pendapatan Top Glove melonjak 164 peratus tahun ke tahun, dipacu oleh peningkatan 15 peratus jumlah jualan.

AmInvestment menetapkan sasaran harga yang lebih tinggi pada RM13.10 (berbanding RM10.60 sebelumnya) ke atas Top Glove.

“Untuk masa depan, kami menjangkakan pendapatan Top Glove akan dipacu oleh kapasiti berdasarkan permintaan tinggi dunia ke atas sarung tangan getah.

“Kami memahami bahawa kumpulan itu kini membina kilang F27 di Lukut (+2 bilion helai sarung tangan nitril) dan kilang F6 di Phuket (1.4 bilion helai sarung tangan lateks).

Kedua-dua kilang ini masing-masing dijangkakan siap pada Februari dan Ogos 2016,” katanya.

Pada 10 pagi, saham Top Glove melonjak 16 sen kepada RM12.02, dengan 2.05 juta saham diurusniagakan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.