Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Anak Bagi Awie Untuk Kahwin Lain

Kongsi maklumat ini
Tags

Awie WingsBapa manakah yang mampu menahan rasa gembira jika anak memberi kebenaran untuk berkahwin lain? Bagi Awie, dia tergelak besar apabila anaknya sudah bersetuju membenarkan dirinya berkahwin lagi selain menerima perkara tersebut dengan hati terbuka.

“Apabila anak saya cakap, mereka terbuka hati untuk ayahnya kahwin lagi, saya hanya tersenyum dan tergelak dengan telatahnya. Tapi saya rasa buat masa sekarang memang tidak terlintas langsung untuk ke arah itu. Kes mahkamah saya pun masih belum selesai”

“Lagipun saya lebih selesa sibukkan diri dengan karier seni dan pada masa yang sama banyak luangkan masa bersama dengan anak-anak. Perkara seumpama itu amat penting buat kami agar hubungan ini terus akrab dan melihat mereka membesar dengan lebih baik,” memetik kenyataan Awie daripada portal hiburan Murai.

Selain itu, penyanyi dan pelakon ini juga menjelaskan bahawa dia akan berpindah ke rumah baru bagi membuang segala memori pahit di rumah lama selain mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anaknya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.