Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

Angah Raja Lawak selamat diijabkabulkan

Kongsi maklumat ini
Tags

19feb-angahrl.transformedAYER KEROH: Dengan sekali lafaz pelawak, pelakon dan pengacara Angah Raja Lawak, 38, sah bergelar suami kepada gadis pilihannya Amira Asyura Abd Razak, 20. Majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Resort Homes, di sini, sebentar tadi. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam 1, Masjid Ar-Rahman Kampung Tun Razak, Mohamad Suhaimi Kassim dan berwalikan datuk Amira, Adruss Omar. Dengan wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin berupa seutas rantai emas dan sebentuk loket berlian, Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, turut membawa enam dulang hantaran dan di balas tujuh daripada pihak pengantin perempuan. Majlis resepsi kedua mempelai itu akan berlangsung esok di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.