Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Angelina Jolie Tampil Lebih Kurus

Kongsi maklumat ini
Tags

2angelina4California – Pelakon Angelina Jolie mengejutkan peminat dengan penampilan yang sangat kurus ketika berjalan di karpet merah untuk mempromosikan filem barunya, Kung Fu Panda 3.

Angelina yang mengisi suara untuk watak Tigress mengenakan gaun hitam longgar pendek pada acara perdana filem berkenaan di TCL Chinese Theatre, Los Angeles.

Namun, ibu kepada enam orang anak ini kelihatan sangat kurus, hingga beberapa media menyebutnya “sangat tipis”, “kurus menakutkan” dan “tinggal tulang”, seperti yang dilaporkan oleh news.com.au.

Angelina mendedahkan bahawa beberapa orang anaknya iaitu Pax, Zahara, Shiloh , Knox dan suaminya Brad Pitt mengisi suara binatang untuk Kung Fu Panda kali ini.

“Mereka malu-malu. Mereka tidak benar-benar ingin menjadi pelakon, tapi aku tidak mahu mereka terlepas peluang. Mereka datang, dan mereka bersenang-senang dengan itu,” kata Jolie.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.