Kiriman pada: Wed, Feb 24th, 2016

Anggota Bomba Bantu Bersih Sekolah Dan Rumah Mangsa Terjejas Banjir

Kongsi maklumat ini
Tags

dkggdKuching – Setelah berhempas pulas menyelamat dan memindah mangsa-mangsa banjir pada Sabtu dan Ahad lepas, kini anggota bomba dan penyelamat bertugas membantu membersih rumah dan sekolah yang terjejas banjir.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad hari ini sebanyak 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang berganding bahu dengan penduduk Kampung Batu Kitang Lama dekat sini membersihkan surau, jalan berlumpur, parit tersumbat dan rumah-rumah terjejas banjir di kampung berkenaan.

Katanya, semalam 11 angggota bersama guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, Jalan Batu Kawa di sini membersihkan sekolah berkenaan yang turut terjejas banjir.

Di daerah Bau, katanya lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau bersama-sama dengan guru dan kakitangan SK Buso, Bau bergotong-royong membersihkan bilik darjah, parit dan jalan berlumpur di sekolah berkenaan.

Katanya, khidmat yang sama akan turut diberi kepada mangsa-manga yang memerlukan bantuan yang sama.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata semua pusat pemindahan di daerah Bau, Samarahan dan Padawan sudah ditutup dan mangsa terjejas banjir sudah pulang ke rumah masing-masing.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.