Kiriman pada: Fri, Aug 21st, 2015

Anggota Umno Perlu Pertahan Pemimpin Daripada Serangan Pembangkang

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOBBesut – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata serangan politik ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada hari ini perlu ditangkis oleh semua anggota Umno di setiap peringkat.

Beliau berkata cabaran yang dihadapi Umno hari ini cukup getir kerana bukan sahaja menerima tentangan dari luar malah juga dalam parti sendiri walaupun parkara itu bukan sesuatu yang baharu kepada Umno.

“Umno hari ini hadapi ujian amat getir sekali, apa yang berlaku hari ini, bukan sahaja pembangkang, ahli sendiri ada krisis kepimpinan, meragui apa yang berlaku dalam Umno.

Menurutnya ketika ini pembangkang juga lemah dan menghadapi pelbagai krisis dan ia adalah peluang terbaik bagi Umno memperkuatkan lagi parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata serangan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu dana RM2.6 bilion sengaja dibangkitkan pembangkang dan media asing yang mempunyai agenda untuk melemahkan pemimpin negara.

Katanya anggota Umno tidak seharusnya berasa lemah dan terancam dengan asakan isu tersebut sebaliknya perlu memberi keyakinan dan kepercayaan penuh kepada Datuk Seri Najib untuk kekal menerajui negara ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.