Kiriman pada: Fri, Jul 10th, 2015

Anggota UMNO Perlu Tumpu Berkhidmat Kepada Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDALPutrajaya – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa anggota parti untuk terus memberi khidmat kepada rakyat sekalipun negara sedang berhadapan dengan pelbagai isu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata selaku anggota UMNO, mereka sepatutnya memberi tumpuan untuk sentiasa turun padang bagi berkhidmat dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Ini merupakan sesuatu yang cukup penting untuk memastikan parti kita dan kerajaan sekarang akan menjadi pilihan untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu.

Mohd Shafie berkata sekiranya banyak tenaga diberikan untuk isu yang pelbagai namun khidmat kepada masyarakat terbantut, ia akan menjejaskan sokongan kepada parti.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.