Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Berterusan Sehingga Isnin

Kongsi maklumat ini
Tags

JAPAN-WEATHER-TYPHOONKuala Lumpur – Angin kencang barat daya yang berlaku di kawasan perairan Sabah di Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga Isnin ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata angin kencang itu dijangka melanda dengan kelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Situasi angin kencang dan laut bergelora ini amat berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi, dan sukan laut, tambah kenyataan itu.

Angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m juga dijangka berlaku dalam tempoh sama di perairan Sulu, Palawan, Reef North, Condore, Layang-layang dan Labuan.

Keadaan yang sama akan berlaku di Phuket selama empat hari bermula esok dan ia berbahaya untuk aktiviti perkapalan dan pantai.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.