Kiriman pada: Mon, Jul 6th, 2015

Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Rabu

Kongsi maklumat ini
Tags

JAPAN-WEATHER-TYPHOONKuala Lumpur – Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berterusan di perairan Sabah (Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu sehingga Rabu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi, angin barat daya dengan kelajuan antara 50-60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak setinggi 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua akitiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak mencapai sehingga 3.5 meter pula dijangka berterusan sehingga Rabu di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Pendalaman, Pantai Barat), Labuan dan Reef North.

Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.