Kiriman pada: Sat, Jan 2nd, 2016

Angkara Fitnah Pembangkang Lahirlah Generasi Rosak Akhlak

Kongsi maklumat ini
Tags

Saya rasa terpanggil untuk mengulas tentang kejadian seorang remaja berusia 14 tahun yang viral kerana di culik tapi rupanya menipu hanya kerana hendak bersama teman lelaki.

Di awal kejadian seluruh negara menjadi gempar kerana viral rakaman suara remaja yg mendakwa dalam tahanan penculik. Isteri saya sendiri menangis bila mendengarnya dan solat hajat memohon remaja tersebut selamat. Berbagai komen dari netizen kononnya mendakwa negara kita semakin tidak selamat dan jenayah menjadi-jadi.

Bila pihak polis mengumumkan bahawa remaja itu telah berjaya di temui dan remaja itu hanya menipu, saya terpaku dan isteri saya terdiam. Kami terfikir, bagaimana remaja yang berusia hanya 14 tahun boleh membuat lakonan yg sangat berkesan sehingga masyarakat menjadi gempar, bimbang, takut dan sudah tentu percaya dengan lakonan tersebut.

Berdasarkan pengalaman, saya merasakan bahawa ia pasti datang dari faktor sekeliling beliau di tambah lagi dengan dunia media sosial tanpa batasan. Suasana sekeliling sangat besar mempengaruhi pembangunan sahsiah diri seorang remaja yang akhirnya membentuk pemikiran dan akhlak.

Dalam suasana politik negara juga, terlalu banyak fitnah, penipuan dan lakonan palsu tersebar. Saban hari media sosial terdedah pada maklumat dan hasutan yang mudah di percayai rakyat.

Kisah 40 ribu pengundi Bangla yang akhirnya kita tahu hanya penipuan,

Kisah cincin 40 juta yang akhirnya di jawab dalam mahkamah “ saya hanya bergurau” oleh Rafizi Ramli

Dato Seri Nizar Jamaludin memohon maaf secara terbuka pada Perdana Menteri kerana menfitnah.

Mahfuz Omar di perintah bayar denda oleh mahkamah kerana memfitnah Dr Hasan Ali.

Rafizi mohon maaf secara terbuka pada Dato Seri Zahid Hamidi kerana memfitnah mengambil caruman milik anggota tentera berjumlah RM 130 juta.

Dan banyak lagi contoh penipuan dan fitnah sehingga berjaya menghasut rakyat turun ke jalanan untuk demostrasi haram..

Jadi..inikah yang kita mahukan terjadi hari ini..? terlalu banyak penipuan pembangkang dengan berbagai teknik dan cara dan akhirnya remaja seawal usia 14 tahun mengambil modul penipuan ini untuk menipu ibu bapa hanya semata-mata untuk bersama teman lelaki.

Kita perlu sedar dan insaf serta memohon petunjuk dari Ilahi agar perkara ini tidak berulang lagi.

Pokok pangkalnya ada pada kita.. Jangan mudah percaya pada fitnah dan didiklah anak kita supaya jangan percaya dari berita dari sumber yang di ragui khususnya dari pembangkang.

Sedikit petua dari saya.. amalkanlah surah Al Kahfi kerana Rasulullah telah berpesan bahawa sesiapa yang mengamalkan surah Al Kahfi akan terpelihara dari fitnah dajjal.

Kesimpulan dari saya, pembangkang telah banyak menyemai budaya penipuan dan fitnah dan melahirkan generasi rosak akhlak.


 

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.