Kiriman pada: Sun, Jan 8th, 2017

Anina Mampu Menjadi Perdana Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

“Jangan tinggalkan perjuangan parti hanya kerana kita kecewa”, itulah nasihat Pengerusi parti Bunga, Mahathir Mohamad kepada bekas calon Ketua Serikandi, dan memaklumkan bahawa kerana biasa ditendang didalam parti maka Mahathir berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri, Ya mana tahu suatu masa nanti Anina berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Mahathir memberi harapan demikian agar bekas Ketua Srikandi parti Bunga, Anina Saadudin akan terus kekal bersama mereka dan mengenepikan tanpa rasa kecewa jika tidak dipilih memegang sebarang jawatan didalam parti tersebut, kerana beranggapan bahawa Anina adalah salah seorang yang telah mengasaskan parti tersebut.

Ya, mungkin benar nasihat Mahathir terhadap Anina tu, mana tahu ada jodoh esok boleh jadi perdana menteri wanita Pertama Malaysia, itu pun jika Wan Azizah, Nurul Ezzah, Zuraidah atau lain lain wanita didalam parti pembangkang tidak terpilih menjadi Perdana Menteri.

Mahathir mungkin sekali sahaja merasi di pecat dari parti dan kemudiannya keluar parti seraca sendiri kerana kecewa dengan partinya dahulu, mungkin ada permintaannya yang tidak dilayan maka Mahahtir melalut bersama parti pembangkang, keluar masuk parti seperti katak melompat (istilah kepada pemimpin yang suka melompat parti) adalah biasa bagi Mahahtir.

Jika didalam UMNO, dipecat atau memecat diri dan keluar parti adalah biasa didalam usia 70 tahun, begitu juga dengan kehidupan biasa mengalami sakit dan serangan jantung juga adalah biasa diperingkat umur demikian, tetapi jika tidak sampai setahun jagung berlakunya pemecatan dan memecat diri sendiri serta keluar parti itu agak memeranjatkan pada sesetengah pemerhati politik.

Jika sudah 70 tahun berlayar sudah pasti akan menempuhi pelbagai onak dan duri ranjau, jika dilautan sudah pasti akan merasa pukulan ombak yang deras, jika tidak dikendalikan dengan cermat harus kapal boleh karam dan berkubur di dasar laut, tetapi jika baru sahaja mahu menarik sauh sudah dilanda badai dan hampir karam itu memberi tanda bahawa tapak pembinaan tidaklah sekukuh dan seteguh mana.

Bagi pemimpin yang telah dimalukan dan dibuka aibnya sudah pasti akan bertindak berpatah arang berkerat rotan, tidak tahulah jika muka sudah ditampal dengan kulit babi yang tidak merasa apa pun jika diri telah didedah dengan keaibpan yang tidak boleh dinafikan selain menunding jari kesalahan dirinya kepada orang lain.

Anina jika mahu bertahan seperti mana yang dilakukan oleh mentornya, boleh sahaja bertahan didalam parti bunga tersebut, tebalkan muka dan buat tidak endah orang sekeliling dan masyarakat, mana tahu satu hari nanti akan menjadi Presiden bagi mengantikan Muhyiddin yang juga dikatakan terlibat dengan skendal yang sahingga kini masih belum dinafi yang sudah pasti akan melepaskan jawatan yang disandang jika kesnya didedahkan di khalayak ramai melalui mahkamah dan peluang Anina untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri terbuka luas.

Cuma mampukah Anina berhadapan dengan gelombang politik yang bakal menyusul nanti, tidaklah kita ketahui kekebalan Anina, kita pun tidak tahu sekuat mana ketahanan Anina didalam mengharungi badai tunggang langgang politik yang berasaskan nafsu merebut kuasa dan tahta yang dibina oleh Mahahtir anak beranak itu, cuma peluang Anina untuk menjadi Perdana Menteri tetap ada jika terus bersama dengan parti Bunga.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.