Kiriman pada: Fri, Feb 3rd, 2017

Annuar Musa Hadir Ke SPRM Beri Keterangan

Kongsi maklumat ini
Tags

Putrajaya – Tan Sri Annuar Musa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan oleh anak syarikat MARA, iaitu Pelaburan MARA Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Beliau tiba di sini jam 8.57 pagi tadi menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam.

Sejurus tiba beliau dilihat terus memasuki pejabat SPRM di sini.

Annuar tiba ke tanah air semalam selepas menghadiri urusan rasmi MARA di New Zealand dan disambut kira-kira 400 penyokongnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Pada Selasa lalu Annuar diminta bercuti sementara sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PMB.

Keputusan bercuti itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar Majlis MARA bagi memberi laluan kepada siasatan audit dalaman berhubung isu penajaan KAFA oleh anak syarikat MARA, iaitu PMB dan UniKL.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.