Kiriman pada: Wed, Feb 1st, 2017

Annuar Musa Masih Ketua Penerangan UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

Pekan – Tan Sri Annuar Musa masih kekal sebagai Ketua Penerangan UMNO, kata Datuk Seri Najib Razak. Presiden UMNO berkata, beliau mahu semua pihak tidak membuat sebarang tanggapan dan tafsiran ke atas Ahli Parlimen Ketereh yang bercuti sebagai Pengerusi MARA.

“Beri peluang kepadanya (Annuar) untuk bersihkan diri daripada tuduhan terhadapnya.

“Beliau sanggup disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan biarlah proses siasatan yang sedang berjalan selesai…. tidak perlu buat tanggapan dan pelbagai andaian, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Paloh Hinai, dekat sini, sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.