Kiriman pada: Tue, Dec 29th, 2015

Anugerah ‘Sultan Melaka’ tidak diiktiraf

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamedMELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan anugerah kebesaran yang disampaikan oleh individu yang mengaku dirinya ‘Sultan Melaka’ sebagai tidak berharga.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan Melaka mahu pun Persekutuan tidak akan mengiktiraf mana-mana anugerah selain daripada yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, raja atau sultan di negeri berdaulat serta Yang di-Pertua Negeri.

“Dalam isu Sultan Melaka ini, saya berpendapat bahawa dia (seperti) orang gila atau hidup dalam alamnya sendiri. Sultan Melaka ini sebagai satu lakonan oleh pihak yang mungkin tidak waras.

“Justeru, Saya sudah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Wira Naim Abu Bakar) untuk membuat laporan polis jika individu ini mengganggu atau menggugat ketenteraman awam di negeri ini. Saya percaya polis mempunyai beberapa akta yang boleh diguna pakai ke atas pihak yang terbabit,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis minum petang dan sesi memperkenalkan pemain pasukan bola sepak Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) di Hotel Swiss Garden, di sini, sebentar tadi.

Idris diminta mengulas majlis penganugerahan darjah kebesaran yang disampaikan Sultan Melaka dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Tuah Shah di Alor Gajah, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup turut dianugerahkan Darjah Paduka Mahkota Melaka (DPMM) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.