Kiriman pada: Wed, Dec 14th, 2016

Anwar Kekal Di Dalam Penjara

Kongsi maklumat ini
Tags

Hampir bertahun Anwar mencuba memohon untuk menghindar dan menafikan hukuman yang sedang di jalankan atas tuduhan meliwat bekas kakitangannya sendiri dan hari ini dengan secara rasminya Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dengan sebulat suara, ini bererti Saiful Buhari telah berjaya membuktikan bahawa dirinya benar-benar diliwat.

Ini bukan kali pertama Anwar disabitkan dengan kesalahan, sebelum ini pun mahkamah pernah menjatuhkan hukuman kepada Anwar berhubung dengan kes liwat juga, walaupun kini telah dibebaskan tetapi untuk kes kali kedua ini mahkamah memutuskan untuk mengekalkan Anwar kekal bersalah.

Kesemua lima panel hakim yang diketuai oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, sebulat suara memutuskan tidak berlaku keputusan berat sebelah atau tidak adil terhadap keputusan yang dibuat oleh panel sebelum ini, namun begitu keluarga Anwar boleh mengemukakan rayuan keatas Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mengenepikan sabitan tuduhan yang telah dikenakan keatas Anwar.

Wan Azizah menyifatkan keputusan ini sebagai tidak adil dalam banyak perkara dan akan membuat rayuan.

Dengan keputusan ini maka terbelalah sudah akan kesudahan nasib Saiful yang menjadi mangsa selama ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.