Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Anzalna Tidak Iri Hati Dengan Tasha Shilla dan Neelofa

Kongsi maklumat ini
Tags

anzalnaMelihatkan kepada kejayaan rakan-rakan yang lain, Anzalna Nasir dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia tidak perlu bersaing untuk menjadi lebih baik daripada yang lain kerana ia adalah aturan rezeki.
“Jangan membandingkan saya dengan rakan seperjuangan saya menerusi program Dewi Remaja kerana masing-masing ada rezeki sendiri. Saya berpendapat, tidak perlu berlumba-lumba untuk menjadi yang lebih baik daripada yang lain”

Asalkan ada tawaran yang tidak putus, itu sudah mencukupi buat saya. Tidak timbul istilah iri hati kerana saya sendiri bangga dengan pencapaian rakan pada usia muda. Alhamdulillah, rezeki saya pun sudah tertulis dan saya selesa berada di tahap ini dengan sokongan peminat tanpa henti,” jelasnya kepada BH Plus.

Selain itu, Anzalna juga sebelum ini pernah menjelaskan bahawa dia kini sedang sibuk membuat persiapan. Kata Anzalna, dia hanya akan mengumumkan tarikh majlis pernikahan mereka sebulan sebelum ia berlangsung. Apa pun, semoga ia berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.