Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

Apa beza GHB dgn PKR?

Kongsi maklumat ini
Tags

Gerakan Harapan Baru_thumb[2]Sejarah menunjukkan bahawa pimpinan pas yg tidak bersetuju dgn mainstream pas telah keluar parti & menubuhkan Parti Ikatan Masyarakat Islam Semalaysia (IKATAN) yang berpusat di Terengganu, IKATAN akhirnya layu.

Di era reformasi, pimpinan IKATAN telah menjual parti tersebut kepada Wan Azizah dan ia telah ditukar nama kepada PARTI KEADILAN NASIONAL (PKN). Ia bukan lagi parti Islam tetapi sebuah parti yang di buka kepada semua kaum.

Segelintir pimpinan PKN kemudiannya masuk PAS. Bertanding atas tiket PAS dan akhirnya tewas dalam pemilihan parti PAS.

Kecewa dengan kekalahan, mereka tubuh Gerakan Harapan Baru (GHB). Parti yang di naungi oleh bekas pimpinan PAS yang kalah bertanding dan parti ini terbuka kepada semua kaum.

Maka, tiada beza GHB & PKR, sekadar lakonan dan tipu daya segelintir politikus yang ghairah memegang kuasa.

Di maklumkan bahawa GHB ini adalah kenderaan baru bagi sesaorang untuk digunakan sebagai alat untuk menolak kepimpinan atau kata lain membuang Azmin Ali.

Seperti mana PKN bergabung dengan PRM mewujudkan PKR, begitu juga nanti PKR dan GHB akan bergabung.

Di saat itu, mereka akan menolak Azmin dari kepimpinan parti dan bakal diganti dengan kelompok progresif bekas pemimpin PAS di dalam Gerakan Harapan Baru.

Diharap rakyat tidak tertipu lagi dengan helah politik para politikus desperado PKR & GHB ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.