Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

Apa itu #sehatisejiwa?

Kongsi maklumat ini
Tags

NATIONAL DAY_MERDEKAKUALA LUMPUR: Aspirasi sehati sejiwa dijadikan tema sambutan kemerdekaan tahun ini bagi menzahirkan semangat nasionalisme, kecintaan dan kebersamaan rakyat dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata penglibatan sukarelawan yang melebihi jangkaan menunjukkan integrasi dan perpaduan masih utuh dalam kalangan masyarakat.

Menurut Ibrahim, penggunaan platform media sosial berjaya merapatkan jurang di antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, juga menyatupadukan hubungan semua rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, bahasa mahupun agama.

Menurutnya lagi, jawatankuasa pelaksana Sambutan Bulan Kebangsaan turut menggunakan sepenuhnya platform media sosial, laman web 31ogos.my dan aplikasi iMalaysia yang menyediakan pelbagai maklumat mengenai sambutan Hari Kebangsaan kali ini.
Ekspresi menerusi hashtag #sehatisejiwa turut menunjukkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat yang lebih memahami Perlembagaan serta Rukun Negara yang merangkumi semua aspek iaitu saling menghormati dan meraikan kebersamaan.

Matlamat sehati sejiwa adalah mengenepikan perbezaan pandangan mahupun fahaman politik serta membentuk jati diri rakyat dalam meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.