Kiriman pada: Fri, Feb 10th, 2017

Apa Nasib Zaid Selepas Di Tegur Pemimpin DAP

Kongsi maklumat ini
Tags

Kalau dah biasa bermain dengan taik, jika tidak dipegangnya, dapat menghidu pun sudah memadai, itu adalah perpatah orang lama-lama dan begitulah yang menimpa sebuah parti pembangkang apabila menerima ahli baru yang pernah meninggalkan parti yang pernah disertai dahulu sebelum melompat beberapa kali dan singgahan terbarunya adalah parti DAP.

Tidaklah di ketahui selepas ini kemana lompatannya, masakan tidak sedangkan parti yang telah melantik dirinya menjadi Presiden parti pun boleh di tinggalkan ini kan pula jika sekadar menjadi ahli biasa dan segala gerakan di pantau oleh pemimpin tertinggi parti.

Bukan itu sahaja untuk bercakap pun dirinya tidak diterima walaupun bercakap sebagai ahli parti dan berbentuk peribadi.

Jika mengikut turutan sejarah beliau didalam parti politik, Beliau paling lama berada didalam parti UMNO sahaja itu pun selama 8 tahun selebihnya tidak melebih 2 tahun dengan parti KITA, setahun bersama PKR tidak begitu memberangsangkan perjalanan politik beliau menjadikan beliau meniggalkan parti berkenaan.

Jika melihat senario lompatan demi lompatan ramai yang menjangka ahli politik ini akan menyertai parti Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin yang ditubuhkan oleh Mahathir Mohamad, tetapi sangkaan mereka meleset kerana Zaid memilih parti DAP.

Ramai pemerhati politik tertanya mengapa tidak Zaid menyertai parti Bersatu, tetapi setelah meneliti perjalanan politik Zaid maka mereka sedar bahawa kemungkinan masih ada perasaan simpanan dendam diantara Zaid dengan Mahathir walaupun itu cerita lama.

Ceritanya, suatu ketika dahulu Zaid pernah mencadangkan kepada kerajaan supaya memohon maaf kepada mereka yang dikatakan menjadi mangsa dalam Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 ( Mahathir adalah Perdana Menteri ketika ini) yang membawa kepada pemecatan Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung.

Perkara ini hanya kemungkinan sahaja, jika tidak mengapa Zaid tidak memilih parti Bersatu yang sudah pasti akan melonjakkan beliau dan menempatkan satu tempat untuk beliau bertanding sebagai calon wakil rakyat, sudah pasti ianya jalan mudah bagi Zaid untuk menempah kedudukan dan kerusi untuk menghadapi pilihanraya ke 14 nanti.

Pemilihan parti DAP tidak lah diketahui akan ketepatan atau sememangnya beliau memang mengidam untuk berkhidmat bersama parti DAP.

Tetapi melihat kepada situasi terkini yang mana diri beliau di templak oleh kepimpinan kanan parti DAP yang seolah-olah memberi isyarat bahawa beliau bukanlah primadona didalam parti tersebut, mungkin juga akan memberi kesan dan petunjuk bahawa kehadiran beliau kedalam parti tersebut bukanlah seperti bulan jatuh ke riba.

Jadi tidaklah kita ketahui berapa lamakah yang mampu Zaid bertahan untuk bersama di dalam parti yang diwar-warkan sebagai sebuah parti yang mesra ahli.

Sedangkan sebuah parti yang pernah menganjurkan beliau sebagai Presiden parti pun beliau tinggalkan inikan pula parti yang mengikat tangan dan kakinya untuk bergerak dan mengunci mulut untuk tidak bercakap banyak.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.