Kiriman pada: Thu, Feb 18th, 2016

APMM Rampasan 200Kg Ikan, Tahan Enam Warga Indonesia

Kongsi maklumat ini
Tags

fhdkmLumut – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan seorang tekong dan lima awak-awak warga Indonesia yang memasuki perairan negara tanpa dokumen serta merampas 200 kilogram ikan, Rabu lepas.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata bot yang dinaiki nelayan berkenaan dipintas oleh Kapal APMM KM Tugau semasa sedang melakukan rondaan kira-kira 55 batu nautika barat laut dari Pulau Pangkor pada pukul 4.30 petang.

Siasatan awal mendapati bot tersebut berpengkalan di Belawan, Indonesia dan kesemua tekong serta awak-awak yang berumur antara 20 dan 70 tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Mereka juga gagal menunjukkan surat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ketika pemeriksaan dijalankan.

Kesemua mereka kini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 15(1)(a) kerana menangkap ikan di Perairan Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.