Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

Apple lancar iPhone, iPad baharu bulan depan

Kongsi maklumat ini
Tags

appleNEW YORK: Apple Inc akan memperkenalkan model iPhone dan iPad generasi baharunya pada 15 Mac ini sekali gus rancangan memasarkan peranti itu pada minggu yang sama, lapor blog teknologi 9to5Mac. Memetik sumber, Appleyang dijangka memperkenalkan 4-inci iPhone – atau turut menerima jolokan sebagai “iPhone 5se”, serta model peranti tabletnya iPad Air – dalam satu majlis pelancaran, bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang tawaran tempahan untuk peranti baharu, kata penulis blog terbabit. Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu dilihat mencapai tahap tepu bagi permintaan peranti mudah alih pintar popularnya. Ia susulan pertumbuhan sebanyak 0.4 peratus yang diperoleh bagi penghantaran produk terbabit untuk suku pertama tahun fiskalnya – iaitu pertumbuhan jualan iPhone paling perlahan sejak ia diperkenalkan pada 2007. Siri model baharu 4-inci iPhone 5se direka khas untuk menggalakkan pengguna serta peminatnya menaik taraf peranti iPhone kepada peranti yang lebih pantas, pilihan alternatif daripada bertukar kepada iPhone 6s dan 6s Plus yang lebih mahal dan skrin lebih besar. Apple bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan laporan terbabit.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.