Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Arab Saudi makin kekurangan air

Kongsi maklumat ini
Tags

Saudi-Water-WaveRIYADH: Arab Saudi mungkin mengalami bencana alam sekitar besar-besaran dalam masa 30 tahun apabila rizab air bawah tahan yang tidak boleh diganti semakin berkurangan berikutan pembaziran dan penggunaan sumber itu secara keterlaluan. “Arab Saudi berhadapan malapetaka teruk jika amalan pertanian tidak berubah. “Saki baki air bawah tanah perlu disimpan,” portal berita Business Insider memetik bekas Setiausaha rendah Kementerian Pertanian negara itu, Ali al-Takhees, sebagai berkata. Al-Takhees berkata, Arab Saudi bergantung kepada air bawah tanah pada kadar bahaya dan jika amalan itu berterusan pada tahap sedia ada, ia akan membawa kepada kemarau seluruh negara dan menyebabkan malapetaka sosial. Rakyat Arab Saudi, secara purata menggunakan lebih banyak air berbanding penduduk negara Eropah yang kaya air. Penduduk Arab Saudi meminum air lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diminum penduduk Kesatuan Eropah. Sebahagian pakar memberi amaran jika corak pengambilan air sedia ada tidak berubah, air bawah tanah negara itu akan habis dalam masa 13 tahun. Bagi mengekang penggunaan air keterlaluan di negara itu, kerajaan kini mengenakan cukai kepada penduduk, lapor Business Insider.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.