Kiriman pada: Fri, Jan 6th, 2017

Arab Saudi Tarik Semula Pengurangan Kuota Haji

Kongsi maklumat ini
Tags

Jeddah – Arab Saudi memutuskan untuk menarik balik pengurangan kuota jemaah haji yang dikenakan lima tahun lalu, bermula tahun ini.

Pihak berkuasa tertinggi meluluskan cadangan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Mahkota Muhammad Bin Naif, untuk menguatkuasa semula kuota haji kedua-dua jemaah tempatan dan asing yang wujud sebelum pengurangan diperkenalkan.

Beliau berkata, pihak berkuasa berkaitan sudah membuat persiapan untuk menerima pertambahan jumlah jemaah untuk menunaikan haji tahun ini.

Keputusan itu diumumkan ketika beliau menerima ketua delegasi haji dari Arab dan negara Islam di pejabatnya di Jeddah.

Pihak berkuasa sebelum ini mengenakan 20 peratus pengurangan kuota untuk jemaah dari luar negara dan 50 peratus pengurangan kuota untuk rakyat tempatan.

Ia bertujuan memastikan keselamatan jemaah ketika projek pembesaran terbesar Masjidil Haram yang hampir siap selain kerja menyiapkan mataf dan beberapa kawasan di sekitar kota Makkah.

Putera Mahkota Muhammad turut mengarahkan peningkatan kuota haji dilaksanakan secara berperingkat. – Agensi

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.