Kiriman pada: Thu, Jan 26th, 2017

Artis Malaysia Memilih Pembangkang?

Kongsi maklumat ini
Tags

Didalam menjalanai kehidupan yang moden ketika ini sedikit sebanyak kita tidak boleh lari dari kegiatan siaran media sosial yang kini sudah seperti makanan ruji bagi setiap rakyat, boleh dikatakan mereka akan menatap talifon pintar mereka dahulu sebelum melakukan yang lain.

Jadi perkara yang disebarkan melalui media sosial sudah pasti akan mendatang pelbagai cerita disebalik tersebarnya berita atau gambar tersebut sama ada ianya benar atau sebaliknya makan pemilik atau tuan pnya badan sudah pasti lebih maklum akan perkara tersebut.

Jadi benarkah ada artis Malaysia yang selama ini menumpang rezeki dengan pelbagai program kerajaan akan dicalonkan untuk berdepan dengan Najib Tun Razak di Pekan, Pahang pada pilihan raya ke 14 nanti mewakili parti Bunga pimpinan Mahathir, persoalan yang perlu mendapat penjelasan dari tuan punya badan.

Tiada apa yang mencurigakan kerana sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini membolehkan sesiapa sahaja untuk bertanding dan mewakili mana-mana parti, sekalipun jika mahu bertanding tanpa mewakili mana-mana parti, cuma harus di pesankan agar bersiap sedia dengan segala apa yang mampu untuk bertahan jika diserang, jangan berharap kepada air liur sahaja.

Bising sedikit ketika ini bila mana terdapat segelintir artis yang mengadakan perbincangan dengan pengerusi parti bunga, sebuah parti yang berstatuskan pembangkang, tidaklah diketahui akan butir bicara mereka, tetapi melalui swafoto yang dimuat naik maka sedarlah kita siapa mereka dan siapa yang ditemui.

Sudah pasti ada perbincangan dan rancangan yang di susun atur, jika mereka bertemu dengan para alim ulamak sudah pasti penyataanya adalah berhubung kait dengan keagamaan, jika berjumpa pakar pembuat filem atau pemcipta lagu terkenal sudah pasti kelibat itu akan dilihat sebagai mahu mendalami ilmu dunia seni dan begitulah seterusnya.

Tetapi jika bertemu dengan seorang jaguhan politik yang namanya siang malam menjadi tular dimedia sosial dan berita prima sudah pasti menjadi tanda tanya apakah topik perbincangan mereka, jika bersangka baik mungkin artis ini akan membuat ‘show’ pada setiap kali ada ceramah umum yang dianjurkan oleh parti pembangkang dengan kadar bayaran tertentu, tidak mengapa kerana itu perniagaan mereka.

Tetapi jika benar pertemuan dan perbincangan mereka adalah kearah membantu parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan maka mereka telah memilih jalan untuk memencilkan diri, walaupun kita faham bahawa rezeki itu dari Allah tetapi Allah tidak pernah memberinya secara terus seperti mana yang dinikmati oleh kekasihnya Rasullullah S.A.W.

Rezeki Allah datang melalui perantaraan bukan terus ke poket hambanya, walaupun boleh dikirakan kerajaan Barisan Nasional ini terlalu adil kerana sentiasa memberi sokongan tanpa menyekat rezeki sesaorang, lihat sahaja pada Aisyah, Dayang Ku Intan dan beberapa orang artis yang lain yang terang-terang menyokong pembangkang tetapi lagu dan hasil seni mereka masih diberi peluang untuk bersiaran di radio dan tv yang dikawal oleh kerajaan.

Jadi kepada mereka yang telah membuat keputusan untuk bersama pembangkang harap dapat bersedia dan berdoa mana tahu untung batu tengelam, untung sabut timbul.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.