Kiriman pada: Tue, Nov 3rd, 2015

ASEAN Perlu Cari Penyelesaian Pertikaian Laut China Selatan

Kongsi maklumat ini
Tags

image (1)Kuala Lumpur – Ketika kehadiran kapal perang dan kapal-kapal kuasa besar di Laut China Selatan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN, rantau ini perlu mencari jalan penyelesaian dan bergerak sebagai satu blok, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Pertahanan Malaysia itu berkata tidak ada sesiapa yang mahu melihat rantau ini bersengketa tanpa ada penyelesaian memuaskan, oleh itu semua pihak perlu terus bekerjasama.

“Kita perlu memberi respons bersama, kita perlu punya fakta, dan berkomunikasi serta bertindak sebagai satu kumpulan.

“Melihat pada kestabilan rantau ini, saya fikir bukan Menteri-menteri Pertahanan saja yang perlu bertindak tetapi juga Menteri-menteri Luar dan pemimpin tertinggi negara kita masing-masing”.

“Bila ia melibatkan wilayah dan kedaulatan kita, adalah amat penting kita tidak akan benarkan itu (persengketaan) berlaku,” katanya pada sidang akhbar semasa Permukiman Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) yang bermula di Subang.

Hishammuddin berkata walaupun kehadiran kapal-kapal di perairan antarabangsa dan kebebasan maritim tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa, ketegangan di perairan yang dipertikaikan boleh berlaku bila berdepan dengan kuasa-kuasa besar dan geopolitik.

Beliau juga menegaskan perlunya semua kuasa yang mempunyai taruhan kepentingan, peranan atau tanggungjawab di rantau ini bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam memelihara dan mengekalkan keamanan dan kestabilan.

“Yang paling penting ialah kehadiran kuasa-kuasa di luar ASEAN tidak mencetuskan situasi yang meningkatkan ketegangan,” kata beliau.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.