Kiriman pada: Wed, Aug 5th, 2015

Asean Tidak Perlu Malu

Kongsi maklumat ini
Tags

hgkhlKUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyeru Asean supaya tidak perlu berasa malu menjangkau dan berhubung dunia luar.

Beliau berkata, penubuhan Komuniti Asean harus dilihat peluang dalam mengubah 10 negara di bawahnya bagi menggalakkan mereka menjalin hubungan baharu ke seluruh dunia.

“Sehubungan itu, mesyuarat dan perbincangan minggu ini amat penting termasuk melibatkan hal antara Asean dan Jepun, Kanada, Korea, Australia, Kesatuan Eropah, China, Rusia dan India.

“Hakikatnya, ini bukan sebuah hubungan baharu yang menunjukkan Asean mempunyai sejarah dalam penyertaan dan kerjasama dengan negara jiran serta merentasi benua,” katanya dalam ucapan pada Pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) Ke-48, di Kuala Lumpur, semalam.

Najib berkata, Asean perlu berhubung dalam cara baharu dengan identiti baharu untuk menjadi sebuah komuniti.

“Untuk transformasi tersebut berlaku ianya perlu dimulakan dari rumah dalam negara Asean dengan meningkatkan kesedaran apa dilakukan Asean dan bagaimana perubahan yang sedang dijalankan memberi faedah kepada semua.

“Jika pelabur dan institusi perbankan luar boleh melihat potensi Asean, maka kita perlu memastikan masyarakat kita juga melihatnya,” katanya.

Pada masa sama, Najib turut menggesa komuniti Asean tidak berasa rendah diri jika ada pihak memandang rendah terhadap potensi keupayaan yang dimiliki negara anggotanya.

“Menurut laporan Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand, menganggarkan penubuhan Komuniti Asean mampu jana pertumbuhan serantau Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) enam hingga lapan peratus.

“Dalam tempoh sama, nilai dagangan tahunan antara Asean juga mampu mencecah AS$1 trilion dan AS$3.7 trilion bagi perdagangan G4 melibatkan Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan China,” katanya.

AMM ke-48 selama enam hari akan berakhir 6 Ogos berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.