Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Asmara main kasut roda

Kongsi maklumat ini
Tags

25hm36c1.tif.transformedKuala Lumpur: Ambil kesempatan berpelukan sambil bermain kasut roda. Itu antara gelagat tidak senonoh sepasang kekasih yang ditahan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) disini, semalam.
Dalam operasi ‘Op Cegah Maksiat’ bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 5 pagi itu, pasangan berusia 24 dan 25 tahun itu adalah antara 45 individu yang ditahan pegawai JAWI sekitar Tasik Titiwangsa di sini.
Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pasangan terbabit sebelum itu dilihat berkelakuan mencurigakan sambil berpegangan tangan dan berpelukan mesra.
Menurutnya, pegawai JAWI kemudian menahan dan menyoal siasat pasangan itu di wakaf di tepi tasik itu ketika mereka sedang berehat selepas penat bermain kasut roda.
“Pasangan itu bagaimanapun menunjukkan rasa tidak berpuas hati dan memberi alasan tidak membuat apa-apa kesalahan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.