Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Atasi Perbezaan Pendapat Melalui Saluran Ditetapkan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR MOHD SALLEH SAID KERUAKKota Kinabalu – Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak yang dinamakan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu berkata sebarang kritikan dan perbezaan pendapat di kalangan anggota kabinet perlu dibuat melalui saluran ditetapkan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah kata bahawa beliau bersikap terbuka dalam soal kritikan tetapi yang penting kalau kita ada perbezaan, seharusnya kita atasi dalam ruang yang telah disediakan.

“Perbezaan pendapat di kalangan Jemaah Menteri itu sendiri tidaklah boleh dilaungkan kepada masyarakat kerana ia bertentangan dengan konsep ‘collective responsibility’ yang menjadi amalan sistem demokrasi,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Ditanya mengenai pengguguran beberapa anggota kabinet termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Mohd Salleh berkata kuasa melantik anggota kabinet adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri.

Katanya dalam politik adalah menjadi perkara biasa seorang anggota parti untuk berjawatan dan tidak berjawatan, namun ruang untuk menyalurkan khidmat kepada parti masih terbuka luas.

Menurut Mohd Salleh sebagai anggota parti, semua bertanggungjawab untuk bekerja bagi memastikan parti terus kuat dan berkuasa.

“Jika parti kita kuat, parti kita akan terus berkuasa dan kuasa itu kita gunakan sebaik-baiknya untuk melaksanakan harapan rakyat…iaitu pembaharuan di negara kita di Malaysia,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.