Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

ATM Nafi Pasang Kawat Berduri Di Sempadan Malaysia-Thai Di Kelantan

Kongsi maklumat ini
Tags

hjsrtsgKota Bharu – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menafikan pihaknya memasang pagar kawat berduri di beberapa kawasan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan terutama di Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Fadzil Mokhtar berkata kawat berduri berkenaan dipasang oleh agensi keselamatan Thailand di beberapa kawasan di sempadan kerana sebab-sebab tertentu dan pihaknya tidak menerima sebarang arahan untuk mengambil tindakan yang sama.

“Kita masih menjalankan tugasan kawalan sempadan seperti biasa dan tidak menerima apa-apa arahan untuk memasang kawat berduri di sempadan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 8 Briged Infantri di Markas 8 Briged Infantri di Pengkalan Chepa.

Pada majlis berkenaan, Ketua Sekretariat Markas ATM Brigadier Jeneral Zarondin Md Amin menerima tugas sebagai Panglima 8 Briged Infantri yang baharu menggantikan Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya yang dinaikkan pangkat sebagai Panglima Pemerintah Operasi Khusus di Kementerian Pertahanan.

Fadzil mengulas mengenai dakwaan di laman sosial Facebook bahawa peniaga di Rantau Panjang dan Pasir Mas kini sukar melakukan aktiviti perniagaan di kawasan bebas cukai itu selepas kawat berduri dipasang di sempadan negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.