Kiriman pada: Fri, Jul 31st, 2015

Australia tolak kaitan bagasi dengan MH370

Kongsi maklumat ini
Tags

31dolan.transformedSYDNEY: Ketua pasukan pencarian MH370 Australia hari ini menolak sebarang kaitan penemuan bahagian beg pakaian di Pulau Reunion dengan pesawat malang berkenaan.

Beg pakaian itu ditemui semalam tidak jauh dari serpihan sayap pesawat, sekali gus mencetus spekulasi bahawa ia mungkin daripada pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines (MAS) yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing tahun lalu.

Bagaimanapun, Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan yang mengetuai pencarian pesawat di selatan Lautan Hindi berkata, ia berkemungkinan tiada kaitan.
“Daripada apa yang kita faham setakat ini, tidak banyak sebab untuk percaya berhubung beg baju itu,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia. “Tidak ada petunjuk yang jelas ia berada di dalam air untuk tempoh yang lama dan sebagainya. “Jelas sekali, ia perlu diperiksa dengan teliti dan keputusan dibuat tetapi kami tidak yakin ia mempunyai potensi sebagai bukti,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.