Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

AWAS – Bertujuan Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

Kongsi maklumat ini
Tags

US-UN-SECURITY COUNCILAWAS, adalah singkatan nama ‘Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik’ nama baru bagi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sebelum ini mendapat bantahan orang ramai terhadap pengunaannya kerana di katakan hanya untuk mengenakan pemandu bukan mendidik.

Walaubagaimana pun sistem AWAS pada pengunaan kali ini akan di gabungkan dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang bertujuan mengurangkan kemalangan dan bukan lagi sekadar mendera pemandu jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, memaklumkan bahawa gabungan kedua-duanya adalah bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan memerangai gejala rasuah kerana kurangnya pembabitan manusia didalam mengeluarkan saman trafik.

Minggu lalu saranan Ketua Polis Negara Sri Khalid Abu Bakar agar kadar denda maksimum dinaikkan kerana denda yang di kenakan pada ketika ini tidak memberi kesan kepada pesalah trafik.

Sementara Tiong Lai pula pernah berkata bahawa kementeriannya terpaksa menangani beberapa isu membabitkan undang-undang dan prosedur sebelum dapat menyerahkan cadangan itu kepada Kabinet.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa pihak berkepentingan termasuk jabatan dari kementeriannya sendiri sedang menyediakan kajian akhir cadangan tersebut.

AES sistem yang di kendalikan oleh pihak swasta yang dikuatkuasakan pada tahun 2012 telah menjadi rungutan pemandu dan isu apabila turut di politikkan oleh sesetengah pihak berkepentingan bagi memburukkan kerajaan, walaubagaimana pun kerajaan telah mengambil alih setelah di luluskan oleh Dewan Rakyat pada tahun 2013.

Diharapkan dengan terlaksananya Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik atau AWAS ini akan benar-benar dapat mendisiplinkan penguna jalan raya di negara ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.