Kiriman pada: Tue, Nov 15th, 2016

Azam Rafizi Harus Disokong Dan DiPerluaskan

Kongsi maklumat ini
Tags

sokongAzam Rafizi Ramli yang kini bakal berdepan dengan hukuman penjara gara-gara kesalahan yang dilakukan berhubung pertuduhan berkaitan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ahli Parlimen Pandan itu bertekad untuk terus membongkar kepincangan urus tadbir Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

“Saya akan teruskan dengan pembongkaran dan menyemak setiap satu sen yang dibelanjakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak selagi dalam kemampuan saya,”

Baguslah jika beliau berazam demikian sebelum menjadi penghuni penjara jika mahkamah rayuan tidak memihak kepada beliau dan seharusnya tidakkan beliau ini tidak sahaja ditumpukan kepada pihak kerajaan sahaja, malah harus diperluaskan kepada rangkaian pemimpin parti pembangkang itu sendiri.

Rakyat juga ingin tahu akan setiap sen perbelanjaan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang dari manakah sumber hasilnya sahingga ada yang dilihat memilki kekayaan diluar kemampuan seorang yang bertaraf rakyat kebiasaan.

Jika sekadar membuka restoran makan tengahari sudah melayakkan mereka untuk dilihat berbelanja mewah maka perlulah disiasat adakah benar-benar restoran yang mereka usahakan itu mendatangkan atau memberi pendapatan yang begitu lumayan sahinga mampu mengumpul harta yang berbillion ringgit, atau restoran berkenaan hanya sebagai tempat ‘mencuci duit haram’ @ money laundering.

Jangan tertumpu kepada Najib dan kerajaan sahaja, lihat-lihat juga kemewahan yang di sembunyikan oleh pemimpin pembangkang, jangan nanti dikatakan kuman seberang laun jelas kelihatan gajah di depan mata macam tak nampak.

Kita juga ingin mengetahui berapa banyak harta dan perbelanjaan setiap pemimpin pembangkang yang telah mereka miliki dan digunakan selama menjadi wakil rakyat, atau mereka sememangnya suka berjimat semenjak dari kecil lagi atau memang mereka lahirnya sudah menjadi kaya raya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.