Kiriman pada: Mon, Jul 6th, 2015

Azizah Harun Angkat Sumpah Sebagai Anggota Dewan Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

DEWAN_NEGARAKuala Lumpur – Anggota Exco Wanita UMNO, Sen. Azizah Harun hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Azizah, 56, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepang dilantik untuk penggal pertama bagi tempoh 2015 hingga 2018.

Abu Zahar ketika mengalu-alukan pelantikan Azizah mengingatkan semua anggota Parlimen terdiri daripada anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar taat kepada negara, mempertahan serta melindungi Perlembagaan negara.

Beliau berkata sebagai anggota Parlimen, mereka sesungguhnya memahami dan menghayati sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang diamal sejak merdeka.

“Keputusan pemerintahan negara secara demokrasi dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum lima tahun sekali mestilah dihormati oleh semua rakyat khususnya ahli Parlimen sendiri, janganlah sesekali wujudnya pula perilaku cuba hendak sabotaj atau jatuhkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi…jadi harus menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat sejagat,” katanya.

Sambil melahirkan kerisauan situasi masa kini, Abu Zahar berkata semua pihak seharusnya berfikiran rasional agar tidak sesekali melakukan sesuatu perkara di luar Perlembagaan dan sistem pemerintahan demokrasi.

Terdahulu, sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Azizah, beliau berharap anggota senator khususnya mereka yang dilantik pertama kali akan menjalankan tugas dengan bijaksana di samping memberikan sumbangan berguna dan berfaedah kepada rakyat dan negara ini.

“Ahli Yang Berhormat yang baharu dilantik khususnya, dinasihat jangan membuang masa sebaik mengangkat sumpah teruslah tunjukkan kebolehan masing-masing. Ini bukan tempat bermain-main dan bersandiwara kerana ini Dewan mulia untuk membuat undang-undang negara,” katanya.

Azizah, kini memegang jawatan sebagai Penyelia Kanan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.