Kiriman pada: Sun, Dec 20th, 2015

Azman Mokthar Kekal Pengarah Urusan Khazanah Hingga Mei. 2019

Kongsi maklumat ini
Tags

AzmanMohktarKuala Lumpur – Khazanah Nasional Bhd telah memperbaharui kontrak pekerjaan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jun, 2016 hingga 31 Mei, 2019.

Azman, 54, memegang jawatan itu pada 1 Jun, 2004, katanya dalam satu kenyataan.

Khazanah adalah dana pelaburan strategik kerajaan yang diamanahkan untuk memegang dan menguruskan aset komersial kerajaan dan menjalankan pelaburan strategik.

Dana pelaburan strategik itu terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah dan pelancongan, hartanah, media dan kreatif, pendidikan serta teknologi dan inovasi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.