Kiriman pada: Tue, Nov 8th, 2016

Azmin Ali Mengelirukan Dewan Undangan Negeri

Kongsi maklumat ini
Tags

datuktengkuMeteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali didapati cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa bahawa bekas Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Adalah dimaklumkan perkara sebenar ialah perlantikan tersebut tidak pernah dibincangkan didalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang lalu kerana cadangan perlantikan tersebut telah di tarik dan perkara telah pun dimaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, YBhg. Dato’ Sri Syed Danial Syed Ahmad, perkara telahpun dimaklumkan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja mula bersidang.

Oleh itu dakwaan Dato Seri Azmin Ali berhubung penolakan Majlis Raja-Raja terhadap cadangan perlantikan tersebut adalah tidak benar dan bertujuan mengelirukan rakyat.

“Kenyataan yang di buat didalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada 3 November 2016 lepas adalah tidak benar sama sekali” demikian dimaklumkan oleh Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.