Kiriman pada: Sun, Dec 13th, 2015

Azmin harap prestasi dipertahankan

Kongsi maklumat ini
Tags

FW432691_SG22_121215_BOLA-lprSHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap agar prestasi kemenangan pasukan Selangor akan dapat dipertahankan di masa akan datang.

Dalam satu kenyataan malam tadi, beliau turut mengisytiharkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa selepas skuad Red Giants itu berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.

“Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bolasepak Selangor kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia setelah kemarau selama 10 tahun.

“Misi pasukan bolasepak Selangor untuk memenangi Piala Malaysia bagi kali ke-33 akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.

Keputusan berhubung pemberian cuti itu, menurut Mohamed Azmin, telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga telah turut dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Menurutnya, cuti itu bertujuan menzahirkan penghargaan kepada para penyokong pasukan itu serta seluruh rakyat Selangor yang telah membantu telah mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak negeri itu.

Selangor muncul juara Piala Malaysia 2015 selepas menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.
Pemain sayap Hazwan Bakri dijulang sebagai wira skuad Red Giants apabila menjaringkan kedua-dua gol buat pasukan pada minit ke-3 dan ke-48.

Skuad pimpinan Mehmet Durakovic yang bersemangat beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Selangor telah menghadiahkan mereka dengan mempamerkan aksi dan taktik serangan yang baik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.