Kiriman pada: Sun, Feb 12th, 2017

Azmin Patut Fikir Soal Selangor

Kongsi maklumat ini
Tags

Shah Alam – Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya menyelesaikan masalah di Selangor dan bukan membuat kenyataan tidak berfaedah.

Timbalan Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata kenyataan Mohamed Azmin bahawa seorang menteri kanan sudah meletak jawatan adalah perkara yang membuang masa untuk difikirkan.

“Azmin seharusnya memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang berada di Selangor sekarang daripada sibuk hal orang.

“Perkara ini satu perkara yang membuang masa, lebih banyak perkara berfaedah yang boleh difikirkan,” katanya ketika hadir di Program Sembang Santai ‘Saya Budak Muar’ di Muar Station, Shah Alam, malam tadi.

Mohamed Azmin memuat status berkenaan di akaun Twitter kelmarin kononnya seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan berikutan tidak mahu terbabit dengan 1MDB.

Sementara itu, Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, program ‘Saya Budak Muar’ ini dibuat secara berkala dan dilihat sebagai salah satu cara merapatkan hubungan antara mereka yang berasal dari Muar.

Katanya, program itu dilihat dapat meningkat kesejahteraan ‘orang Muar’ yang menetap di sekitar Lembah Klang. Lebih 200 individu yang berasal dari Muar hadir pada program berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.