Kiriman pada: Wed, Jul 1st, 2015

Azwan Ali Kecundang Selepas Digertak Abdul Rani Kulup

Kongsi maklumat ini
Tags

Amaran Rani Kulup Kepada Azwan AliRakyat Malaysia sejak hujung minggu lalu sibuk memperkatakan tentang isu Azwan Hj Ali yang melatah di Twitter terhadap seorang peminat kerana tersalah faham akan satu nama restoran dan sikapnya itu menjadi bualan ramai kerana beliau masih terus ego tidak mengaku salah.

Namun, semalam tindakan beliau di akaun Instagram mengejutkan ramai pihak apabila Azwan Ali tampil memohon maaf kepada semua atas perlakuan biadap beliau selepas menerima amaran dari Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.
Abdul Rani Kulup terdahulu memberikan amaran kepada Azwan Hj. Ali untuk meminta maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu atau beliau akan membuat laporan kepada polis terhadap kelantangannya menghina orang Melayu.

“Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah. Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah”
“Tidak ada masalah langsung (walau sebesar hama) dan harap bersifat terbuka. Hentikan isu yang telah diperbesarkan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab,” tulis Azwan Ali semalam.
Azwan Hj. Ali semalam turut menerima teguran Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menyifatkan tindakan selebriti sebagai salah satu tanda golongan fasik.

Azwan-Ali-Tampil-Minta-Maaf-Selepas-Digertak-Abdul-Rani-Kulup-ROTIKAYA

“Bak kata Ayah, ini hari baik, bulan baik. Kepada semua Melayu khasnya si batu api, tolong muhasabah! Azwan Ali tidak gentar untuk berdepan dengan apa juga kebenaran. Baca terima maaf Azwan Ali dan stop all the nonsense!” tulisnya lagi. KIPIDAP!!

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.