Kiriman pada: Fri, Aug 28th, 2015

Badan Pendiri Silat Tolak Bersih 4.0

Kongsi maklumat ini
Tags

mydinKuala Lumpur – Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Tan Sri Ali Rustam berkata PESAKA berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara dan menyokong kepimpinan negara dan menyeru agar kesemua badan pendiri silat yang ada di tanah air supaya tidak membenarkan ahli mereka terlibat dengan Bersih-04.

Beliau turut menasihati ahli semua pertubuhan seni silat di seluruh negara supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh memberi kemudaratan terhadap keamanan negara terutama perhimpunan Bersih 4.0 yang di jadual pada hari Sabtu ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri solat hajat bagi memohon keamanan dan keselamatan negara di Masjid Negara siang tadi.

“Apa yang dapat dilakukan demi menyumbang pada negara, saya sebagai presiden menasihati agar ahli PESAKA yang ada di seluruh negara tidak terlibat dengan BERSIH 4.0 yang boleh mencemarkan imej negara,”

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.