Kiriman pada: Fri, Dec 25th, 2015

Badminton – Iskandar Perlu Cabar Diri Sendiri

Kongsi maklumat ini
Tags

KL34_241215_LEEKuala Lumpur – Juara badminton kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin perlu mempunyai kemahuan tinggi dan lebih mencabar diri sendiri untuk menyerlah di pentas antarabangsa.

Nasihat untuk Iskandar itu datang daripada jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei, pemain yang mula mencipta nama sejak 2003 sehingga kini dan dianggap paling konsisten dalam badminton antarabangsa berikutan kemahuan tingginya untuk berjaya.

Bagi Chong Wei, Iskandar, 24, mampu pergi lebih jauh sekiranya lebih bersungguh-sungguh dalam latihan serta pertandingan.

Pemain nombor lima dunia itu mudah menewaskan Iskandar 11-6, 11-5, 11-5 pada kejohanan Purple League hari ini yang juga merupakan pertemuan pertama kali antara Chong Wei yang mewakili Kelab Badminton Petaling Jaya dan Iskandar yang mewakili Kelab Badminton Petaling.

“Bagi saya, Iskandar sendiri perlu tahu apa yang dia mahu, dia bukan muda lagi. Saya tengok semangat Iskandar berbeza tahun ini.

“Jurulatih mungkin boleh bantu 20 hingga 30 peratus sahaja, selebihnya harus datang daripada kemahuan sendiri,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan itu.

Chong Wei juga yakin prestasi Iskandar yang semakin baik tahun ini mampu menempatkan pemain itu dalam skuad Piala Thomas negara tahun depan.

Iskandar pula mengakui memerlukan masa untuk menjadi sepantas Chong Wei ketika beraksi di gelanggang.

Iskandar turut berterima kasih kepada Chong Wei yang banyak membantu dirinya kebelakangan ini dalam meningkatkan prestasi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.