Kiriman pada: Thu, Oct 27th, 2016

Bagaimana Untuk Mendapatkan Bekalan Minyak Masak Sawit Yang Berkualiti Bukan Minyak Kitar Semula

Kongsi maklumat ini
Tags

minyakOleh kerana Minyak Sawit bersubsidi hanya terhad kepada yang bersaiz 1kg sahaja mulai 1 Nov 2016, Pengguna Domestik disarankan mendapat bekalan Minyak Masak Sawit 1 kg dari DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD, merupakan anak syarikat FELDA GLOBAL BHD.

Ini bagi mengelakkan Pengguna Domestik terbeli produk Minyak Masak (Recycle) yang sekarang ini banyak diproses & dibungkus semula untuk mengaut keuntungan secara tidak sah.

Perlu kita ketahui bahawa ‘RASIONALISASI & PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI MINYAK MASAK SAWIT’ adalah bertujuan untuk mengurangkan bahan asas itu diseludup keluar ke negara jiran oleh sindiket-sindiket & kartel yang sudah sekian lama menjalankan aktiviti penjualan Minyak Masak Bersubsidi ke negara jiran SECARA HARAM.

Untuk pengetahuan kita bersama, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600 juta untuk subsidi minyak masak dalam Bajet 2016 manakala peruntukan subsidi itu untuk tahun depan belum dimuktamadkan lagi.

Sebelum ini, kerajaan terpaksa membayar subsidi bagi 85,000 tan metrik minyak masak sawit sebulan, tetapi kajian mendapati rakyat Malaysia secara purata hanya menggunakan kira-kira 40,000 tan metrik minyak masak sebulan.

Kita SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA secara bersama telah kerugian kira-kira 45,000 tan metrik minyak masak bersubsidi setiap bulan.

Sedangkan sepatutnya subsidi minyak masak sawit bersubsidi itu dinikmati oleh rakyat Malaysia (kita), bukannya orang asing.

Makanya, adalah sangat wajar untuk kerajaan mengambil langkah ini agar ketirisan penyalahgunaan subsidi oleh sindiket dan kartel dapat dibendung dan subsidi yang diperuntukkan dapat dinikmati oleh Golongan Sasar (Rakyat Malaysia) dengan Efisien.

Sila rujuk kepada website ini untuk ketahui produk-produk DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD.

Klik di sini: https://fgvdelima.com/Pages/newhome.aspx

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.