Kiriman pada: Mon, Jan 9th, 2017

Bagan Datuk Tidak Lagi Terpinggir

Kongsi maklumat ini
Tags

Bagan Datuk – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daerah baharu Bagan Datuk akan terus dibangunkan dengan pembangunan yang sudah dirancang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan pembangunan yang dirancang ia pasti akan memberikan nafas baharu kepada daerah untuk memastikannya tidak lagi terpinggir, terpencil dan terlepas pandang daripada arus pembangunan.

Beliau berkata, rakyat Bagan Datuk mahu melihat pembangunan, pemodenan dan pembangunan berlaku di daerah itu.

“Diharap Bagan Datuk akan terus memacu arus pembangunan agar mampu bersaing secara sihat sebagai wilayah pembangunan baharu tanpa mengetepikan nilai tradisional serta elemen sejarah yang harus dikekalkan terutama dalam hal yang menyentuh kedaulatan kesultanan Perak.

“Kita tidak tolak pembangunan tetapi nilai tradisional harus dikekalkan, kita tak tolak dunia tetapi pertimbangan antara nilai dunia dan akhirat perlu dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Pengisytiharan Daerah Bagan Datuk yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini, sebentar tadi.

Ahmad Zahid berkata, harga pembangunan adalah mahal untuk dibayar, tetapi apabila pembangunan dibalas kebencian dan dilempar dengan fitnah, serta pembangunan dibawa dengan gejala sosial, ia perlu ditangani secara bersama.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.