Kiriman pada: Mon, Mar 16th, 2015

Bahagialah Dengan Derita Itu

Kongsi maklumat ini
Tags

kata-kata-ungkapan-kesedihan-yang-islami786Dalam banyak perkara yang kita rancang, ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja insan yang menyakitkan hati kita dan menggagalkan rancangan kita. Apa daya ketika itu? …ALLAH… Hidup ini kadangkala dirasakan seperti tidak adil. Kita tidak bersalah, namun kita jua yang dituduh bersalah, kita yang berusaha orang lain jugalah yang mendapat nama, orang lain rehatnya lebih, kita jua yang bekerja lebih masanya. Kadang-kadang kita di marah, di fitnah, di hina, di aib, di umpat, di maki dengan kata-kata yang menyakitkan dan macam-macam lagi.

Maka jiwa cuba membalas kejahatan dengan kejahatan. Kita marah perbuatan baik kita tidak diberi ganjaran sewajarnya. Kita sedih mengenagkan insan lain yang lebih bahagia dari kita. Kita cemburu pada kejayaan insan lain. …ALLAH… Benarlah kadangkala segalanya dirasakan seperti tidak adil. Namun adakah keadilan yang mutlak dalam kehidupan ini? Sedangkan keadilan mutlak itu milik ALLAH SWT.

Dalam hal ini janganlah memaksa diri mencari keadilan yang mutlak. Kita akan terseksa apabila kita mahukan segalanya mengikut perancangan kita. Jiwa akan gundah, resah. Tingkah laku menunjukkan pemberontakan. Ada sahaja yang tidak kena pada takdirNya. …Ya ALLAH…

Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan pada ALLAH. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi. Terimalah. Bahagialah dengan derita itu.

“Ya ALLAH,, Sungguh kadangkala hamba tidak mampu,, Bicara hamba banyak mengadunya pada manusia,, Luruskan langkah hamba dalam mencari erti jiwa yang benar-benar redha dengan takdirMU..”

Terimalah, dan fahamilah kehidupan ini dengan merasakan segalanya adalah dari ALLAH SWT. Dunia ini tempat berpenat. Berpenat dengan ujian dan cabaran dariNya. Kerana di akhirat nanti kita akan berehat dengan tenang, aman dan damai setelah melalui kembara kehidupan yang mencabar ini. Itupun jika kita benar-benar redha dengan takdirNya. Bahagia pada setiap pemberianNya.
Belajar menjadi Sabar dan Redha. IN SHAA ALLAH

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.