Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

BAJET 2016 – BR1M DITERUSKAN, GST KEKAL 6%

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB RAZAK / PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016Putrajaya – Demi kesejahteraan rakyat, Perdana Menteri memberi jaminan, Program Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M, dan bantuan kebajikan tetap diteruskan.

Manakala GST, kekal pada kadar 6 peratus.

Pengubahsuaian bajet 2016 juga, tidak melibatkan emolumen penjawat awam dan pencen pesara.

Malah Kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk lantikan secara kontrak.

Bahkan kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada para penjawat awam pada tanggal 1 julai 2016 seperti yang telah dijanjikan dalam bajet.

Semua langkah ini diambil, meski hasil negara dianggar berkurangan 7 hingga 9 bilion ringgit berbanding unjuran hasil negara pada harga minyak 48 dolar Amerika setong.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.