Kiriman pada: Tue, Aug 11th, 2015

Bakal haji diminta ketepikan seketika isu politik negara, tumpu ibadah

Kongsi maklumat ini
Tags

Muhammad_Pehimi_Yusof.transformedBESUT: Bakal haji diingatkan supaya mengetepikan seketika isu berkaitan politik dalam negara dan menumpukan perhatian mereka dalam menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata tumpuan bakal haji perlu difokuskan kepada tujuan dan matlamat mereka ke Makkah dengan hati yang suci dan fikiran terbuka supaya ibadah mereka diterima Allah. Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata bakal haji juga perlu membuat persiapan teliti terutama dari segi menjaga kesihatan agar mereka tidak mengalami sebarang masalah apabila berada di tanah suci bersama jemaah lain dari dari seluruh dunia.

“Kesihatan adalah keperluan utama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap bakal haji kerana dengan kesihatan yang baik mereka akan dapat mengerjakan ibadat haji dengan baik dan sempurna,” katanya pada majlis meraikan bakal-bakal haji dari kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Terbuka Pejabat Penyelaras UMNO Jerteh di sini, malam tadi. Muhammad Pehimi yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO negeri berkata mana-mana bakal haji yang sakit ketika berada di tanah suci perlu pergi mendapatkan rawatan di pusat-pusat kesihatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan di tanah suci dengan segera dan tidak membiarkan penyakit melarat hingga boleh membantut mereka daripada meneruskan ibadah haji. Katanya, bakal haji juga diingatkan bahawa pemergian mereka ke tanah suci itu adalah adalah tuntutan ibadat dan bukan sebagai melancong, apatah lagi sebagai satu peluang untuk membeli belah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.